Friday 26 August 2016

#10 Idea Menulis

Teks: Muhaini Mahmud

Mungkin bagi yang memang mempunyai bakat, menulis itu "kacang" sahaja. Tapi pendapat peribadi saya sendiri menulis itu tidak semudah yang dijangka. Sekiranya ingin menjadi penulis yang bagus, bakat sahaja tidak mencukupi. Intipati di dalam penulisan perlulah menepati juga citarasa para pembaca. Kreativiti menulis juga perlu sentiasa diasah dari semasa ke semasa.

Selepas mengikuti kelas blog tempohari, kami diberikan tugasan untuk menulis #44 entri. Nampak sangat banyak bukan? Tujuannya adalah untuk melatih supaya sentiasa istiqamah dalam menerbitkan entri.
Ya, ianya agak sukar kerana kadangkala kekurangan idea untuk menulis. Tajuk sudah ada, namun isi-isinya tak kunjung tiba. Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus menulis dan menulis lagi. Semoga entri kali ini, dapat meningkatkan semangat untuk saya melengkapkan tugasan yang diberi.

Friday 19 August 2016

#9 Kelas Kreatif Editing

Teks : Muhaini Mahmud
Foto : Muhaini Mahmud
Baru-baru ini saya telah mengikuti satu kelas online iaitu Kelas Kreatif Editing yang mana pembelajaran melalui WhatsApp group. Ia telah dikelolakan oleh Cikpuan Siti Azurah. Walaupun bayaran komitmen yang dikenakan hanya serendah RM5 namun ilmu yang diperolehi sangat tidak ternilai. Sebelum kelas bermula, kami diminta untuk memuat turun beberapa aplikasi yang nantinya akan membantu dalam sesi editing.
Jika sebelum ini, saya hanya tahu untuk memasukkan perkataan atau nombor dalam gambar atau hanya menggunakan frame untuk gambar yang berbilang, tetapi setelah mengikuti kelas ini, gambar yang dihasilkan lebih menarik dan segar! Rupanya ia tidak lah sesukar yang disangka dan sangat cepat untuk disiapkan. Cuma perlu cari masa yg sesuai untuk menyiapkan.


Antara hasil photo editing:




Tuesday 16 August 2016

#8 Kebaikan Serat untuk Ibu Hamil

Teks: Muhaini Mahmud
Foto: Facebook Image

Bila sebut pasal kehamilan, masalah sinonim yg selalu dikaitkn selain anemia adalah sembelit sehingga ada yang menyebabkn masalah buasir. Setuju atau tidak saya katakan serat itu antara diet yang penting untuk ibu yg sedang hamil? Hal ini kerana serat berfungsi meningkatkan pergerakan usus dan seterusnya melancarkan sistem penghadaman makanan di dalam usus.
Saranan pengambilan serat adalah di antara 20-30g dlm sehari. Sumber2 yg diketahui umum adalah dari makanan berkarbohidrat seperti beras perang, oats, gandum mil penuh, barli selain daripada sumber sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi ada sesetengah wanita hamil tidak dapat memenuhi keperluan serat mereka.
Nak tahu tak sebenarnya ada alternatif yg mereka boleh ambil selain daripada makanan yg dinyatakan di atas iaitu Qaseh Gold Adinda / Premier. Ianys selamat untuk diamalkan oleh wanita yang sedang hamil. KENAPA? Kerana kandungan buah-buahan yang tinggi serat seperti  kurma, buah tiin, dan delima selain ia juga mengandungi al-manna atau arabic gum iaitu prebiotic yang baik untuk kesihatan usus...Prebiotik adalah makanan untuk probiotik iaitu bakteria baik dalam usus yang berfungsi menstabilkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pembiakan bakteria yg tidak baik serta membantu proses penghadaman dan penyerapan nutrient.
Nah..pilihan di tangan anda...amalkan pengambilan QasehGold untuk memgoptimakan kesihatan usus selain untuk mengatasi masalah sembelit dan buasir ketika hamil.
Mudah, Murah dan Mujarrab

Monday 15 August 2016

#7 Rezeki untuk Anakku

Teks: Muhaini Mahmud

Entri ini dikarang semasa sedang mengepam susu untuk si comel Fahmi Armea Adha. Alhamdulillah, masih ada lagi rezeki untuk anakku yg baru mencapai usia 10 bulan. Titisan emas untuknya membesar dengan sihat dan cerdas. Perjalanan penyusuan masih berbaki 14 bulan lagi. Ya Allah, permudahkanlah....

Walaupun sekarang ni Fahmi sudah diberi makanan pejal, susu ibu tetap menjadi pelengkap diet hariannya. Saya menyediakan bubur yang dicampur sayur dan ayam yg dicincang atau ikan bilis yang dikisar. Perkenalkan juga dengan buah-buahan. Sekarang ni dia pun sudah pandai meminta makanan bila melihat kakak atau abangnya sedang makan. Gigi pun dah hampir 3 batang yang tumbuh. Sudah boleh merangkak sekeliling rumah dan sudah boleh meniti. Sedikit lagi untuk berjalan.
Tidak sabar pula nak berjumpa dengan budak comel ni...😍😍😍😍😍😍

Tuesday 9 August 2016

#4 Jom Makan Buah!

Teks: Muhaini Mahmud
Foto: Muhaini Mahmud 

Assalamualaikum
Sudah makan malam semua?
Alhamdulillah, kami anak-beranak sudah selesai makan malam. Lewat sedikit malam ni, 8.30 malam baru makan. Usai makan malam, kami nikmati pula buah-buahan segar. Malam ini, saya hidangkan buah naga dan buah oren. Bukan main suka lagi anak-anak makan. Bukan abang dan kakak saja yang makan. Saya cuba juga bagi adik rasa. Nampaknya dia lebih suka buah naga berbanding oren. Hihihi...

Sememangnya dari kecil lagi (bila sudah diperkenalkan dengan makanan pepejal) anak-anak telah dibiasakan dengan buah-buahan segar. Bila kita biasakan makan bersama-sama, anak-anak akan menyukai juga buah-buahan yang kita makan. Lagipun, buah-buahan kan kaya dengan vitamin dan mineral. Buah juga kaya dengan serat yang mana ianya bagus untuk sistem penghadaman. Kandungan zat di dalam buah juga membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan penyakit jantung. Untuk yang menurunkan berat badan, buah-buahan boleh dijadikan sebagai snek sihat untuk menggantikan makanan ringan atau junk food.

Monday 8 August 2016

#2 Menuntut Ilmu Blog

Teks: Muhaini Mahmud

Keinginan untuk menulis di blog sebenarnya telah lama terpendam. Sering kali juga membaca blog-blog yanng ada dan terfikir bagaimana cara yang betul untuk mencipta blog dan menulis dengan betul. Mungkin akan ada yang beranggapan : "menulis sahaja lah dari hati". Bagi saya pula biarlah apa yang ditulis itu bukan sahaja meresap di hati pembaca tetapi juga memberikan manfaat dengan perkongsian yang ditulis.

Sejak terlibat dengan Qaseh Gold, banyak kaedah mempromosikan produk yang saya telah pelajari antaranya adalah mencipta blog. Sebelum ini, saya pernah juga mencari guru untuk belajar membuat blog secara Online. Malangnya diri sendiri tidak mampu meneruskan pembelajaran tersebut. Namun saya tidak berputus asa sehinggalah ada rakan niaga yang mengiklankan kelas Offline mencipta blog bisnes. Tanpa menunggu lama, saya terus daftarkan diri untuk mengikuti kelas tersebut.

6 Ogos 2016 adalah tarikh kelas blog di NQN, Sungai Buloh. Walaupun membawa anak kecil bersama, namun tidak mematahkan semangat saya untuk menuntut ilmu. Ternyata bukan saya seorang sahaja yang membawa anak. Rakan-rakan sekelas juga ada yang membawa anak bersama. Insyaallah kesungguhan untuk menuntut ilmu pasti akan dipermudahkan. Alhamdulillah, si comel Fahmi Armea Adha sangat baik sepanjang Umminya menuntut ilmu. Kami telah diajar oleh guru blog ABDR Cikpuan Anys Idayu yang sanggup turun dari negeri Johor untuk membantu #WAHMSuriProfessional yang dahagakan ilmu blog untuk bisnes masing-masing. Ternyata kelas secara Offline ini lebih mudah untuk saya fokus, fahami dan bertanya sekiranya terdapat ketidakfahaman dan kekeliruan semasa membuat blog. Bukan bermaksud kelas Online tidak bagus, tetapi bagi diri saya, kelas online memerlukan kita lebih disiplin untuk mengikut arahan guru secara maya. Namun, apapun pilihan kita, ilmu Allah itu sangat luas dan tergantung pada diri kita sendiri untuk mencari peluang dan berusaha mendapatkannya. Semoga dengan wujudnya blog Cantik & Sihat Dengan Qaseh Gold dapat membantu lebih ramai lagi untuk kekal sihat dan sejahtera dengan amalan pemakanan sunnah dan super food. Menjaga kesihatan dalaman pastinya akan mencerminkan kecantikan luaran.
Bersedia untuk memulakan kelas blog
Kelas sedang berlangsung
Alhamdulillah... selesai sudah menuntut ilmu. Terima kasih Cikgu Anys
Bersama Team Qaseh

#6 Kenali Ana Edar Sdn. Bhd.

Teks: Muhaini Mahmud
Sumber: Buku Maklumat & Testimoni Ana Edar Sdn. Bhd.

Rangkaian produk Ana Edar telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Osman bin Omar dan isteri beliau Puan Hajjah Esah binti Omar pada tahun 1983 untuk memenuhi keperluan pengguna dan ekonomi masyarakat Melayu Muslim pada ketika itu.

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah Akta Jualan Langsung 1983 dan memiliki lesen Jualan Langsung yang sah (AJL93346). Ia merupakan syarikat milikan sepenuhnya oleh bumiputera islam.

Visi syarikat Ana Edar adalah untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti dengan moto "ANA Merubah Kehidupan". Misi syarikat Ana Edar pula tertumpu kepada dua unsur penting iaitu mengedarkan produk-produk yang halal, bermutu dan selamat yang dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup pengguna, dan memberikan peluang perniagaan yang praktikal, mudah dan lumayan bagi memperbaiki ekonomi diri dan keluarga. Syarikat melihat kedua-dua unsur ini amat penting dalam usaha memartabatkan kecemerlangan ekonomi ummah.

Kenali syarikat & pengasasanya, pasti kita akan lebih yakin dengan produknya.