Tuesday 9 August 2016

#4 Jom Makan Buah!

Teks: Muhaini Mahmud
Foto: Muhaini Mahmud 

Assalamualaikum
Sudah makan malam semua?
Alhamdulillah, kami anak-beranak sudah selesai makan malam. Lewat sedikit malam ni, 8.30 malam baru makan. Usai makan malam, kami nikmati pula buah-buahan segar. Malam ini, saya hidangkan buah naga dan buah oren. Bukan main suka lagi anak-anak makan. Bukan abang dan kakak saja yang makan. Saya cuba juga bagi adik rasa. Nampaknya dia lebih suka buah naga berbanding oren. Hihihi...

Sememangnya dari kecil lagi (bila sudah diperkenalkan dengan makanan pepejal) anak-anak telah dibiasakan dengan buah-buahan segar. Bila kita biasakan makan bersama-sama, anak-anak akan menyukai juga buah-buahan yang kita makan. Lagipun, buah-buahan kan kaya dengan vitamin dan mineral. Buah juga kaya dengan serat yang mana ianya bagus untuk sistem penghadaman. Kandungan zat di dalam buah juga membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan penyakit jantung. Untuk yang menurunkan berat badan, buah-buahan boleh dijadikan sebagai snek sihat untuk menggantikan makanan ringan atau junk food.

No comments:

Post a Comment