Saturday 6 August 2016

#5 Kenangan Datang Mengusik

Teks: Muhaini Mahmud
Foto : Muhaini Mahmud

Rinduuu....itulah antara topik yang sering saya dan suami bualkan bila makan keropok lekor dari Terengganu. Hehehe....jangan silap faham ye. Sebenarnya rasa kerinduan suasana ketika kami memulakan kehidupan berkeluarga di sana. Banyak yang kami pelajari bila tinggal di perantauan yang jauh dari ahli keluarga.

Saya berpindah ke Terengganu pada hujung tahun 2009. Sebelum ini saya dan suami tinggal berjauhan atau istilah orang sekarang PJJ. Semasa berpindah ke Kuala Terengganu, anak sulung saya Nur Adilah Husna baru berusia 45 hari. Itulah detik kami membina kehidupan di negeri orang. Syukur Alhamdulillah, perjalanan sepanjang tinggal di sana dipermudahkan  walaupun ada juga ujian dan cabarannya (saya akan sambung cerita ini dalam entri akan datang).

Bercerita pasal keropok lekor, rasa keropok lekor yang ada di Terengganu memang sangat jauh berbeza dengan yang biasa saya makan di negeri kelahiran saya. Kita di sini merasakan keropok lekor yang agak liat itulah yang paling enak rasanya. Sekali bila cuba yang ada di sana, dengan rasa ikan yang banyak dan teksturnya agak lembut berbanding yang di sini, memang sedap sekali. Keropok lekor biasanya dijadikan snek minum petang ataupun dijadikan hidangan sampingan bersama mihun atau mee goreng. Tapi perlu diingat, makan dengan berpada-pada kerana kandungan kalorinya juga tinggi😉😉😉.

2 comments: